Saturday, September 6, 2014

Lovely evening with ma`thurat! lets read it

salam guys!
Have a nice evening.!
yah, and dont forget tu read ma`thurat this evening.. as usually k....

Sebelum tu! do you know what is ma`thurat??

krik2.. ok.. mesti ramai yang dah ketahui ما هو المعثورات :)  saya mula mengenali sunnah ini sewaktu dibangku sekolah, masa di asrama dulu.. SAMJ Sekolah Agama Menengah Jeram ..inilah tempat segalanya tarbiah kehidupan buat sya,,, tarbiah tu ap?? aha..trbiah tu, adlh pendidikan, latihan, and so on.

ok, Ma`thurat itu dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Tuesday, January 7, 2014

TUNDUKKAN HATIMU, JIWA MU



Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah yang MAHA AGUNG dapat saya teruskan misi menyampaikan ilmu, pada pembaca. Moga dengan peringatan ini, dapat kita makin hari, makin kita manis ,tidak sabar-sabar nk jmpa dgn Allah yang sangat PENYAYANG..


Baiklah! dipendekkan kalam, 
seseorang individu Muslim  itu tidak akan lengkap imannya tanpa SOLAT.. Bahkan perkara pertama yang akan dihisab dari amalan kita, adalah SOLAT! Pernah disampaikan oleh Rasulullah sendiri, melalui peristiwa Isra`. Di mana, Nabi s.a.w dibawa kepada satu kaum yang menghantukkan kepala ke batu, kepala mereka akan elok semula!Mereka melakukan perbuatan itu berterusan seolah tiada sakitnya.. Allahu..
Maka Nabi s.a.w berkata kepada Jibril:

                        " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : " Mereka itu adalah orang yang kepalanya  berat untuk melakukan solat"



Secara holistikyna. Mengapa dikatakan kepalanya berat melakukan solat, melalui tafsiran hadith di atas.??  memberi makna, bersujud, merendahkan kepala kita, tunduk , sujud ke pada Allah.. Sungguh beratkah solat kita, hendak dibandingkan dengan nikmat Allah yang terlalu banyak.. Masih tidak cukupkah syurga itu peringatan untuk seronok buat amal ibadah? Masih tidah gentarkah hati kita dengan peringatan neraka , akan amal jahat kita.. 

Maka dengan itu, kita seharusnya bahagia, rasa keinginan untuk mendapat rahmat Allah, syurga Allah yang mahal nilainya, dibandingkan dengan segala Isi DUnIA! 
Solatlah dengan baik, khusyuknya.. Dengan solat yang khusyuk, dapat menghalang kita dari perkara keji dan mungkar.. 

Teman,

Di post yang akan datang, saya akan memberikan tips2 macam mana nak khusyuk solat...Kerana wajib kita untuk khusyuk, dan menghadirkan hati ketika solat. Tips ini saya ingin kongsikan agar kita tidak tergolong dalam golongan hadith di bawah:

Rasulullah s.a.w. bersabda :

من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر لم يزدد من الله إلا بعدا

Maksudnya:
" Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar maka solatnya hanya menjadikannya bertambah jauh daripada Allah"

Nauzubillah.. Mari kita baiki solat kita.. Usah tunggu lagi!
apa apa komentar, sila tinggalkan diruangan bawah :) Tq membaca